Wednesday 6 July 2011

Talam dua muka muka bahaya musnahkan ummah




















   Oleh Ustaz Zamanuddin Jusoh (Berita Harian Online)
25/06/2011

SATU penyakit yang melanda melanda masyarakat pada hari ini ialah sifat mengadu domba serta menyebarkan berita palsu. Dua perkara ini boleh memporak perandakan masyarakat, meruntuhkan rumah tangga, memutuskan hubungan persaudaraan serta menanam bibit kebencian antara satu sama lain. Pada masa teknologi juga digunakan seperti e-mel dan facebook bagi merealisasikan tujuan buruk ini.

Perkara ini dijelaskan Allah SWT bermaksud: "Dan janganlah engkau ikut sekalian orang yang suka bersumpah, menghina dan ke sana ke mari menyebarkan fitnah. Menghalang kebaikan, mempebanyakkan dosa maksiat, melamapui batas dan bersikap kasar". (Surah al-Qalam, ayat 10-13)

Rangkaian sifat di atas dipisahkan Allah SWT antara satu sama lain kerana masing-masing mempuyai darjat kejahatan tersendiri. Ini termasuk bersikap talam dua muka seperti lalang yang ditiup angin mengikut suasana dan keadaan setempat.

Disamping itu, ada juga yang sibuk mencari kelemahan orang lain serta mendiamkan diri dengan kebaikan dilakukan. Jika tiada berita hendak dibawa, maka diciptakan pendustaan yang seburuk-buruk perangi. Ada yang mulut semanis madu  ketika berhadapan seseorang, tetapi sepahit hempedu apabila berjauhan. Inilah antara sifat sampiangan yang dimaksudkan ayat di atas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadis Akhir Zaman

Dan pada Abu Hurairah r.a. Katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Umat ku akn ditimpa penyakit-penyaki yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW. Menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi". (Riwayat Hakim)