Friday 1 July 2011

Pesan Rasulullah untuk wanita

Pertama
Dari Aisyah ra bahawa adiknya Asma pernah datang mengadap Rasulullah SAW dengan pakaian yang nipis(mendedahkan auratnya)... Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seorang wanita telah baligh tidak boleh lagi terlihat (auratnya)... Kecuali ini dan itu, Rasulullah menunjukan pada muka dan tapak tangan Baginda"  (HR Abu Daud)

Kedua
Rasulullah SAW BERSABDA "Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan yang berpakaian yang berpakaian tetapi singkat (dedah aurat).. Yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya"
(HR Muslim)

Ketiga
Rasulullah SAW bersabda "Tidak dibenarkan seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan wanita tanpa dihadiri Muhrim(adik-beradik lain) (HR Bukhari MUslim)
Rasulullah SAW bersabda "Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan wanita melainkan yang ketiganya syaitan: (HR Ahmad Tirmizi dan Hakim)

Keempat
"Setiap wanita mana sahaja yang memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melewati suatu kaum.. Supaya mereka tercium bau wanginya itu bererti dia telah berzina"(HR Ahmad)


"Berpesan-pesanlah kita sesama wanita dan saling mengingati antara satu sama lain" "Sesunggunya setiap manusia tidak lari dari sifat lalai dan leka" "Sesungguhnya saya jiga insan yang tidak akn lari dari melakukan kesilapan" "Maka dengan itu mari la sama-sama kita saling mengingati"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadis Akhir Zaman

Dan pada Abu Hurairah r.a. Katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Umat ku akn ditimpa penyakit-penyaki yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW. Menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi". (Riwayat Hakim)