Friday 29 July 2011

Follow My Blog

Sesiapa berminat dengan Blog saya. Disini saya sertakan toturial macam mana nak follow blog ini..

     Step 1: Klik pada butang "Join this site" or "Follow"

    

    Step 2: Pilih Akaun anda.. sama ada Yahoo.. Google atau Twiter..


Selamat Mencuba!! ❤❤❤

Tuesday 19 July 2011

WANITA DAN DAKWAH ♥♥♥

"Kemuliaan Dan Keutamaan Wanita"

Allah SWT sangat memuliakan wanita, sehingga Allah memasukkan di salam Al-Quran suatu surah khusu berama An-Nisaa', yang artinya Wanita. Surah tersebut termasuk tujuh surah yang panjang dalam Al-Quran. Rasulullah SAW telah mendudukkan surga di bawah telapak kaki wanita(ibu). Wanita adaah ibu para nabi. semua nabi-nabi dilahirkan oleh seorang wanita kecuali Nabi Adam as. Wanita pertama kali memeluk islam, menerima dakwah Rasulullah SAW dan menghabiskan hartanya untuk agama adalah seorang wanita; iaitu Khadija ra. Manakala Wanita yang pertama kali mati syahid dalam perjuangan agama adalah seorang wanita yang bernama Sumayyah ra.

1. Wanita solehah lebih utama daripada bidadari.
   Sabda Nabi SAW:
"Wanita dunia yang soleh, ketika memasuki surga akan lebih utama daripada bidadari syurga sebagai balasan atas kesolehannya ketika di dunia."        (At-Tadzkiroh:556)

2. Wanita solehah akan memasuki surga lebih dulu daripada lelaki.
    Sabda Nabi SAW:
"Ingatlah wahai para wanita, bahawa wanita soleh diantara kalian akan memasuki syurga lebih dulu daripada lelaki soleh. Lalu setelah wanita-wanita itu dimandikan dan diberi wangi-wangia, mereka akan diserahkan kepada suaminya masing-masing dalam keadaan berkenderaan berwarna merah dan kekuning-kuningan. Ia diiringi oleth anak2 kecil yang seperti mutiara yang bertebaran." (Kanzul Ummal:XVI/421)

3. Sebaik-baik kesenangan duniawi adalah wanita soleh.
   Sabda Nabi SAW:
"Seluruh keduniawian adalah kesenangan. Dan sebaik-baik kesenagan adalah wanita solehah". (Misykatul Mashabih:267)

4. Wanita solehah memiliki nilai lebih besar daripada lelaki.
    Sabda Nabi SAW:
"Kejahatan seorang wanita jahat sama dengan kejahatan 1000 laki-laki. Dan satu kebaikan seorang wanita Solehah berderjat 70 kali shidiq." (Jami'us Shaghir:II/177)

5. Wanita Solehah adalah dinding kemuliaan bagi suami.
    Sabda Nabi SAW:
"Ketika seorang laki-laki menikai seorang wanita kerana agama dan kecantikannya, maka ia telah membangun dinding penjagaan dari kehinaan dirinya sendiri."

6. Wanita Solehah bernilai separuh agama bagi suami.
    Sabda Nabi SAW:
"Seorang laki-laki yang mendapatkan wanita sholehah bererti Allah telah menolongnya dengan separuh agama, maka usahakanlah separuh lainnya dengan ketakwaan kepada Allah." (Kanzul Ummal:XVI/273)

7. Wanita adalah tiang negara. Apabila baik wanitanya, maka baiklah negara. Apabila rosak wanitanya, maka akan hancurlah negara.
    
8. Rasulullah SAW. Sangat mencintai dan mempedulikan wanita.
    Sabda Nabi SAW:
"Tiga hal yang sangat saya cintai di dunia ini, iaitu wewangian, wanita dan sholat segabai penyejuk mata."

Kepentingan Usaha Agama Di Kalangan Wanita.
Mengapa wanita perlu terlibat dalam usaha agama dan turut keluar di jalan Allah? Sebab-sebabnya adalah:

Wanita bertanggungjawab terhadap agama dan atas setiap amal perbuatannya sebagaimana lelaki. Allah berfirman, "Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amalan orang-orang yang beramal diantaramu, baik laki-laki atau wanita,"(Ali Imran:195) --> Jiwa wanita tidak ada agama, maka mereka akan mengabaikan agama dan hidup tanpa agama. Sebaliknya, jika seorang wanita ada kerja agama, maka wanita akan hidup dengan beragama mentaati Allah dan Rasul-Nya.

Wanita adalah hiasan dunia yang secara fitrah disukai oleh manusia pada umumnya. Allah berfirman, "Dijadikanlah indah pada (pandangan) manusia kecintaan pada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita..." (Ali Imran:14). Sabda Nabi saw,  "Kami  tidak memperoleh dari duniamu selain wanita."(Thabrani). --> Jika wanita tidak ada agama, maka kehidupan mereka di dunia akan rosak. Sebaliknya, jika wanita ada agama, maka wanita akan mendapatkan kehidupan yang bak di dunia ini, sesuai janji Allah.

Wanita pun berhak atas kehidupan yang baik. Allah berfirman, " Barangsiapa beramal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik"(An-Nahl:97). --> JIka wanita tidak ada agama, maka kehidupan mereka di dunia akan rosak. Sebaliknya jika wanita ada agama, maka wanita akan mendapatkan kehidupan yang baik di dunia ini sesuai janji Allah.

Wanita adalah pasangan bagi lelaki; jasmani dan rohani. Allah berfirman "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-nya, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daji jenismu sendiri, supaya kamu cenderung merasa tenteram kepadanya, dan Allah telah menjadikan diantaramu rasa cinta dan kasih. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda orang yang berfikir." (Ar-Rum:21) -->Jika wanita tidak ada agama, maka kehidupan lelaki akan goyah dan tidak seimbang. Sebaliknya, Jika seorang wanita ada kerja agama, maka kehidupan lelaki akan damai dan tenang.

Wanita memiliki nilai lebih daripada lelaki. Sabda Nabi saw, "Kejahatan seorang wanita jahat sama dengan kejahatan 1000 laki-laki. Dan  satu kebaikan seorang wanita sholehah berdarjat 70 kali shidiq."(Jami'us Shaghir:II/119) --> Jika wanita tidak ada agama, maka wanita yang tidak beragama akan menjadi lebih rusak daripada 1000 lelaki yang jahat. Dan sebaliknya, jika wanita ada agama, maka seorang wanita solehah akan lebih baik daripada 70 orang lelaki wali Allah.

Wanita sangat mudah terpengaruh dan mempengaruhi. Sabda Nabi saw, "Apabila tiba akhir zaman dan kemewahan telah beragam, maka kamu harus (pegang) agama orang-orang setempat dan wanita." (Ibnu Hibban). --> Jika wanita tidak ada agama, maka wanita akan digunakan untuk menyebaran kebatilan, terpengaruh oleh kebatilan dan mempengaruhi orang lain kepada kebatilan. Sebaliknya, jika seorang wanita ada kerja agama, maka wanita akan dipenuhi dengan kebenaran dan menjadi penyebar kebenaran.

Wanita menjadi ujian/fitnah. Syaitan sentiasa mengiringi wanita untuk menggoda. Sabda Nabi saw, "Tidaklah ku tinggalakan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan kaum laki-laki selain daripada wanita." (Bukhari, Muslim). Dalam riwayat Muslim disebutkan,"..., kerana cobaan pertama Bani Israil berasal dari wanita." (Muslim). Sabda Nabi saw, "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-MU dari godaan wanita, dan aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur." (Kharaithi). Sabda Nabi saw, "Sesungguhnya  wanita itu menghadap dalam rupa syaitan dan membelakangi dalam rupa syaitan." (Ahmad, Muslim, Abu Dawud). Sabda Nabi saw, "Seandainya tidak ada wanita, tentu Allah diibadahi sebenar-benar ibadah-Nya." (Ahmad, Bukhari, Muslim). --> Jika wanita tidak ada agama, maka wanita akan menjadi ujian berbahaya bagi manusia. Sebaliknya, jika seorang wanita ada kerja agama, maka akan menjadi ujian menyelamatkan.

Jumlah wanita lebih banyak daripada lelaki. Sabda Nabi saw, " Sesungguhnya diantara tanda-tanda hari kiamat ialah; ... sehinggah seorang laki-laki mengurus lima puluh orang wanita." (Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi). Sabda lainnya, "Benar-benar  akan datang suatu zaman kepada manusia, dimana... seorang laki-laki diikuti empat puluh wanita yang berlindung kepadanya kerana sedikitnya kam laki-laki dan banyaknya wanita." (Bukhari, Muslim).--> Jika wanita tidak ada agama, maka berarti bumi ini dipenhi oleh manusia-manusia yang mengundang murka Allah. Sebaliknya JIka seorang wanita ada kerja agama, maka bumi di oenuhi kebanyakan penduduknya yang soleh yang akan mengundang rahmat Allah.

Pemimpin keluarga adalah suami, pemimpin rumah tangga adalah isteri. Suami yang beragama, hanya sampai depan pinu rumah, tetapi isteri yang beragama akan masuk kedalam rumah. Sikap dan cara berfikir ibu sangat besar pengaruhnya semua penghuni rumah. --> Jika wanita tidak beragama, maka wanita akan membawa ahli rumahnya kepada kerosakan. Sebaliknya, jika seorang wanita ada kerja agama, maka wanita akan membawa ahli rumahnya kepada kebaikan dan kesolehan.

Wanita adalah Ibu madrasah pertama bagi anak. --> Jika wanita tidak ada agama, maka akan lahir anak-anak yang durhaka kepada orangtua dan agama. Sbaliknya, jika seorang wanita ada kerja agama, maka wanita yang solehah akan menghasilakan anak keturunan yang soleh dan solehah, sebagaimana para Nabi.

Wanita tanpa agama, akan disibukkan hanya dengan urusan rumah tangga, tanpa ada kesibukan agama.

Para wanita adalah pasangan dakwah bagi suaminya. Allah berfirman, "Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan sebagian mereka adalah penolong bagi sebahagian lain. Merekamenyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar dan mereka mendirikan solat, membayar zakat dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan dirahmati Allah."(At-Taubah:71). -->Jika keduanya terjun dalam dakwah maka hidayah akan lebih cepat dan lebih banyak yang turun. Sebagaimana isteri-isteri Nabi yang mendukung dakwah suaminya, maka hidayah turun lebih cepat dan lebih banyak. Seperti Nabi Ibrahim as. Mendapat pengikut yang banyak dan dari keturunannya lahir nabi-nabi seperti: Dari Siti Sarah, lahir Nabi  Ishaq as, NabiYa'kub as, Nabi Yusuf as dan lain-lainnya. Dari Siti Hajar, lahi Nabi Isma'il as yang dari keturunannya lahir Nabi Muhammad saw.. Sebaliknya, jika seorang wanita tidak ada kerja agama, maka sebagaimana isteri para Nabi yang tidak mendukung dakwah suaminya, sehinggah menyebabkan hidayah tertahan, seperti: Nabi Nuh as, yang berdakwah selama 950 tahun hanya mendapatkan pengikut 83 orang. Nabi Luth as, Isterinya menentang dakwah suaminya sehinggah hanya mendapat sedikit pengikut dan kaumnya dibinasakan oleh Allah.

Wanita adalah  kerisauan utama bagi Rasulullah saw, kerana kebanyakan penghuni neraka adalah kaum wanita. Sabda Nabi saw, "Kulihat neraka, dan kebanyakan penghuninya adalahkaum wanita." (Bukhari, Muslim). --> Jika wanita tidak ada agama, maka berarti ia menambah kesedihan Rasulullah saw.. Sebaliknya, jika seorang wanita ada kerja agama, maka berarti ia telah menyenangkan Nabi saw..

Pada hari Kiamat, seorang wanita memiliki tuntutan kepada empat orang laki-laki, iaitu: 1) Ayahnya, 2) Suaminya, 3) Saudara laki-lakinya, dan 4) Anank laki-lakinya, selama mereka tidak mengenalkanya kepada agama. --> Jika wanita tidak ada agama, maka setiap laki-laki aka dijerumuskan ke dalam neraka oleh empat orang wanita keluarganya sendiri. Sebaliknya, jika seorang wanita ada kerja agama, maka empat orang lelaki dapat terselamat dari tuntutan wanita.

Thursday 7 July 2011

Fadhilat Bulan Syaaban

Syaaban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yanh berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Syaaban adalah pemisah antaa bulan Rejab dan Ramadhan.

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
"Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebi mengetahui" Raulullah SAW menjawab, "Kerana dalam bulan itu berkembangla kebaikan yang banyak sekali". (Dipetik dari KItab Raudatul Ulama).

Bulan Syabaan merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta ampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
"Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adala seperti keutamaan aku si atas semua nabi-nabi yang lain, sedankan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya".

Nisfu Syaaban
Di dalam bulan syaaban juga terdaat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, Doa menjadi sangat mustajab.

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raa dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu".

Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebnyak 3 kali selepas solat maghrib.
  • Bacaan pertaman diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.
  • Baca kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatiNya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
  • Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.

Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW lalu katanya:
"Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya 300 pintu rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang tiada menyekutukan (syirik) denganNya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhak terhadap ibubapa."(Al-Hadis)

Puasa Sunat di bulan Syaaban 
Pada bulan ini, digalakkan bagi kita untuk memperbanyak Puasa Sunat. Rasulullah SAW sendiri lebih gemar berpuasa sunat pada bulan Syaaban.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah SAW mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid".

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
"Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat ,banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban" (Al-Hadis)

1 ari berpuasa di bulan Syaaban akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalm syurga, dan diberi pahala seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud.

Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut, dilepaskan kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan di wajibkan syurga baginya.

sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban, dimasukkannya dalam syurga.(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab Al-Barokah)

Doa, Zikir & Selawat ke atas Rasulullah S.A.W
Bulan ini juga kita digalakkan untuk membanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, Bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah SWT akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit".(Dipetik dari kitabZubdatul Waizhin)

Bertaubat
sangat digalakkan untuk memperbanyak bertaubat pada bulan ini. Ini bagi memperbaiki diri dari segala cela, agar bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Diriwayatka dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu".

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) (Al-Hadis)

Oleh itu, diharapkan agar kita dapat bersama-sama memperbanyakn amalan yang baik ini di bulan Syaaban. Banyak fadhilat dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah kepada kita, insyaAllah : )

Wednesday 6 July 2011

Talam dua muka muka bahaya musnahkan ummah




















   Oleh Ustaz Zamanuddin Jusoh (Berita Harian Online)
25/06/2011

SATU penyakit yang melanda melanda masyarakat pada hari ini ialah sifat mengadu domba serta menyebarkan berita palsu. Dua perkara ini boleh memporak perandakan masyarakat, meruntuhkan rumah tangga, memutuskan hubungan persaudaraan serta menanam bibit kebencian antara satu sama lain. Pada masa teknologi juga digunakan seperti e-mel dan facebook bagi merealisasikan tujuan buruk ini.

Perkara ini dijelaskan Allah SWT bermaksud: "Dan janganlah engkau ikut sekalian orang yang suka bersumpah, menghina dan ke sana ke mari menyebarkan fitnah. Menghalang kebaikan, mempebanyakkan dosa maksiat, melamapui batas dan bersikap kasar". (Surah al-Qalam, ayat 10-13)

Rangkaian sifat di atas dipisahkan Allah SWT antara satu sama lain kerana masing-masing mempuyai darjat kejahatan tersendiri. Ini termasuk bersikap talam dua muka seperti lalang yang ditiup angin mengikut suasana dan keadaan setempat.

Disamping itu, ada juga yang sibuk mencari kelemahan orang lain serta mendiamkan diri dengan kebaikan dilakukan. Jika tiada berita hendak dibawa, maka diciptakan pendustaan yang seburuk-buruk perangi. Ada yang mulut semanis madu  ketika berhadapan seseorang, tetapi sepahit hempedu apabila berjauhan. Inilah antara sifat sampiangan yang dimaksudkan ayat di atas.

Tuesday 5 July 2011

zaman sekolah ku...❤

SMK Muhibbah, Sandakan, Sabah. 






SMK Taman Fajar, Sandakan, Sabah.











Biarkan Jatuh Cinta

Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini detakkan jantungmu

dan biarkan aku pada mu
menyimpan sejuta harapan aku pada mu
rasa ini tulus padamu
dan kan berhenti sampai aku mati

reff:
Biarkan aku jatuh cinta
pesonaku pada pandangan
saat kita jumpa
Biarkan Aku kan mencoba
Tak peduli kau berkata tuk mau atau tidak

ohhh.... ooooo...

Mata ini inda melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu...

Sinetron Safa dan Marwa yang penuh dengan emosi...


Aku sgt tertarik pada Episode 219...

Di mana safa yang merasa sangat hancur kerana kematian Ilham. Safa sampai pingsan di permakaman Ilham. Ketika Safa sadar d kamarnya dan tiba-tiba langsung berganjak pergi. Marwa pun panik dan berusaha untuk mengajar tatapi Adil dan Zainal menahan dan memberitahu untuk beri kesempatan dan waktu buat Safa sendirian. Safa akhirnya ke makam Ilham lagi dan menangis lagi di sana sampai pingsan. Farid menemukan Safa di makam Ilham. Kesah cinta antara Ilham dan safa yang terhalang dan banyak dugaan yang mereka tempuh semasa mereka bersama.. Penderitaan yang mereka alami sgt2 terasa di jiwa penonton setia sinetron ini..

Lakonan Utama: 
  • Nikita Willy  sebagai Safa
  • Risty Tagor sebagai Marwah
  • Rionaldo Stockhorst Sebagai Ilham/Rio


Monday 4 July 2011

Adap Tidur

"Sekiranya kita mengikut sunnah Rasullullah SAW,  maka tidur kita akan menjadi ibadah. Allah S.W.T hanya akan menerima ibadah yang di lakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang palaing ikhlas. Sesorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah S.W.T untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga."

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika sesorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW, dia hanya akan dapat kerehatan. Antara sunnah-sunnah Nabi SAW sebelum, ketika dan selepas tidur.
  1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa harian tapi hakikatnya harga yang Allah SWT janjikan adalah syurga.
  2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
  3. Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya  dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhallah 33x, Allahuakbar 33x.
  4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, A-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian  baca bismillahirahmanirrahim 21 kali. Barang siapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali katika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan ganguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
  5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah SWT akan mengira  seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
  6. Ambil wudhu' sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
  7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan smua piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalu mahu.
  8. Tidur cara Rasulullah SAW dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi sunnah  Nabi SAW yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream seblum tidur. Lebih mudah daripaa buat senaman ringan sebelum tidur.

Pesan Nabi SAW, dilarang tidur meniarap terutamanya lelaki.

Tutup aurat ketika. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawanya Syaitan/Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makluk lain. Sekiranya Bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur engan benih-benih Syaitan/Jin. jai jangan la marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersaba: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tiur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembayang ketika mengantuk Berkmungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencari dirinya sendiri".

Islam memntingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang. Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang. Bukan itu sahaja, tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam islam antaranya:-

1. Berwuduk
Sebaik-baiknya gosok gigi anda sebelum masuk tidur. Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati. InsyAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis.

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut ansa cepat rasa sebu. Perut yang kenyang juga boleh  menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun.

3. Mengingati kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal, cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan baik. Tetapi sekiranya anda banyaj melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah SWT.

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu. Pastikan kedudukan tidur anda mengiringke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat.

Rasullullah SAW sering mengamal membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut.

5. Berazam untuk Bangun Awal.
Anda juga digalakkan untuk membaca suruh Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh.

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya, ucapkanlah rasa syukur kapada Allah kerana telah memanjang usia lalu berdoa: "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah mematikan kami. KepadaNya kami akan dibangkitkan". Kemudian  lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.

Saturday 2 July 2011

Petua Mencuci Hati❤

Daripada Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
"Segala2 perkara bermula dari hati(niat).. oleh itu ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati."
  1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa - ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan "Ya Allah jadikan hatiku bersih".
  2. Selawat keatas Nabih Muhammad SAW paling minima 100x sebelum tidur -  ini merupakan satu pelabuaran yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezaki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menengkan minda.
  4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati Juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-Allah" (Suruh Ikhlas) sebanyak 3x.
  5. Bermaafan-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  6. Bisikan kepada dri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah "Aku sebenarnya....(perkara yang elok-elok belaka).
  7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan didalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi lebih baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!! 
  8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
  10. Kekalkan wuduk.
  11. Bersedekah.
  12. Belanjar org makan.
  13. Jaga makanan -  Jangan makan makanan yang subhat.
  14. Berkawan dengan ulama.
  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
  16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dan solat dan sebagainya.
  17. Pesan pada orang, Jadi baik.
  18. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dan sebagainya), Jangan dengar orang mengumpat.

Friday 1 July 2011

Pesan Rasulullah untuk wanita

Pertama
Dari Aisyah ra bahawa adiknya Asma pernah datang mengadap Rasulullah SAW dengan pakaian yang nipis(mendedahkan auratnya)... Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seorang wanita telah baligh tidak boleh lagi terlihat (auratnya)... Kecuali ini dan itu, Rasulullah menunjukan pada muka dan tapak tangan Baginda"  (HR Abu Daud)

Kedua
Rasulullah SAW BERSABDA "Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan yang berpakaian yang berpakaian tetapi singkat (dedah aurat).. Yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya"
(HR Muslim)

Ketiga
Rasulullah SAW bersabda "Tidak dibenarkan seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan wanita tanpa dihadiri Muhrim(adik-beradik lain) (HR Bukhari MUslim)
Rasulullah SAW bersabda "Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan wanita melainkan yang ketiganya syaitan: (HR Ahmad Tirmizi dan Hakim)

Keempat
"Setiap wanita mana sahaja yang memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melewati suatu kaum.. Supaya mereka tercium bau wanginya itu bererti dia telah berzina"(HR Ahmad)


"Berpesan-pesanlah kita sesama wanita dan saling mengingati antara satu sama lain" "Sesunggunya setiap manusia tidak lari dari sifat lalai dan leka" "Sesungguhnya saya jiga insan yang tidak akn lari dari melakukan kesilapan" "Maka dengan itu mari la sama-sama kita saling mengingati"

Kisah Airmata Rasulullah S.A.W

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorgng yang berseru mengucapkan salam."Boleh kah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," "kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali Menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata danbertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"
tutur Fatimah lembut. Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggentarkan. seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu dikenang."Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisanya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Raulullah menanyakan kenapa jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelimnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,"kata Jibril.
Tapi ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar kabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" 
"Jangan Khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saat Izrail melakukan tugas. perlahan ru h Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Rasulullah betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril Memalingkan muka "jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Jibril.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut  ajal," kata Jibril. 
Sebentar kemudian terdengar Rasullah mengaduh, Kerana sakit yang tidak tertahankan lagi."Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatii?" - "Umatku, umatku, umatku"Dan, berakhirlah hidup manusia mulai yang memberi sinaran itu kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.. 
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita...

"Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu diakhirat."

Cintailah Rasulullah....

Kerana Baginda Sangat menyayangi Kita..
Rasulullah Menagis di Padang Mahsyar......

Daripada Abbas r.a, Rasulullah bersabda:
"Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah MUHAMMAD S.A.W. Jibrila.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. Israfil datang membawa bendera dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.

Israfil bersuara:
"Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik. Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehinga mengalir air matanya ke pipi.

Baginda SAW bersabda: "Kekasihku Jibril! Gembirakanla aku!"
Jibril as berkata: "Apakah yang kamu lihat dihadapanmu?"
Baginda SAW bersabda: "Bukan seperti itu pertanyaanku"..
Jibril as berkata: "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?"
Baginda SAW bersabda: "Bukan itu maksud pertanyaanku.."
Baginda SAW bersabda: "Aku bertanya kepadamu akan
umatku. Di mana perjanjian mereka?"
Baginda SAW bersabda: "Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini.
Aku akan mensyafaatkan umatku."
Jibril as menyeru: "Wahai sekalian makluk datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala."

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan.

Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: "Di mana umatku?"
Jibril as berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir."

Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!"
Maka nabi Isa as dan Jibril as mengangis.

Nabi Muhammad SAW berkata: "Mengapa kamu berdua menangis."
Jibril as berkata: "Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?"
Nabi Muhammad Bertanya: "Di mana umatku?"
Jibril as berkata: "Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan."

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya:
"Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"
Jibril as berkata: "Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!"

Nabi Muhammas SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: "Wahai Muhammad!"

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai umatku."
Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: "Di mana umat Muhammad SAW?"

Jibril as berkata: "mereka adalah sebaik umat."

Allah Taala berfirman: "wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu."

Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala."
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala."

"Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala."

Allah Taala berfirman: "Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiku Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu.

Suara jeritan dan tangisan semakn kuat.
Nabi Muhammad SAW menyeru:
"Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku... !
Aku tidak meminta untuk diriku.

Sesunguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!"

Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru:
"Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"

Neraka pula berseru: "Wahai Tuhanku.. Penguasaku dan Penghuluku! 
Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya!
Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan."

Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih.
Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya.
Sekali, Baginda SAW sujud di hadapan Arsy Allah S.W.T dan sekali lagi, Baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.

Para Nabi  melihat keluh kesah dan tangisannya.

Mereka berkata: "Maha Suci Allah!
Hamba yang Paling Dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.

Fatimah ra. bertanya: "Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?"
Baginda SAW menjawab: "kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum   umatku."
Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat.

Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimahh Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka."
Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW..

Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhamad SAW. 
"Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala."

Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda:
"Marilah Kepadaku, wahai umatku!
Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!"

Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.
Ketika di atas Sirat
Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malikat Malik:
"Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu."

Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat.

Setiap kali, Baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, Baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.

Nabi Muhammad SAW berkata:
"Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka! 

Sayangnya Nabi kepada Kita
udes


Nazrey Johani - Wahai Kekasih

Wahai seorg kekasi,
Telah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan,
Menangis pun tak berair mata,
Namun hati tetap gembira,
Syafaatmu menanti di sana,

Sungguh tabahnya hatimu,
Menanggung derita yang melanda,
Biarpun perit tersiksa,
kerana umat kau tempuhi jua,

Wahai Rasul kaulah segalanya,
Contoh terbaik umat akhir zaman,
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
sifatmu semprna pelengkap peribadi..

Wahai Rasul kami merindui,
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
Manis senyuman mu penawar hiba,
Di hati kami kaulah segalanya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadis Akhir Zaman

Dan pada Abu Hurairah r.a. Katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Umat ku akn ditimpa penyakit-penyaki yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW. Menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi". (Riwayat Hakim)