Thursday 7 July 2011

Fadhilat Bulan Syaaban

Syaaban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yanh berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Syaaban adalah pemisah antaa bulan Rejab dan Ramadhan.

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
"Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebi mengetahui" Raulullah SAW menjawab, "Kerana dalam bulan itu berkembangla kebaikan yang banyak sekali". (Dipetik dari KItab Raudatul Ulama).

Bulan Syabaan merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta ampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
"Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adala seperti keutamaan aku si atas semua nabi-nabi yang lain, sedankan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya".

Nisfu Syaaban
Di dalam bulan syaaban juga terdaat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, Doa menjadi sangat mustajab.

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raa dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu".

Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebnyak 3 kali selepas solat maghrib.
  • Bacaan pertaman diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.
  • Baca kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatiNya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
  • Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.

Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW lalu katanya:
"Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya 300 pintu rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang tiada menyekutukan (syirik) denganNya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhak terhadap ibubapa."(Al-Hadis)

Puasa Sunat di bulan Syaaban 
Pada bulan ini, digalakkan bagi kita untuk memperbanyak Puasa Sunat. Rasulullah SAW sendiri lebih gemar berpuasa sunat pada bulan Syaaban.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah SAW mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid".

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
"Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat ,banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban" (Al-Hadis)

1 ari berpuasa di bulan Syaaban akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalm syurga, dan diberi pahala seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud.

Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut, dilepaskan kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan di wajibkan syurga baginya.

sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban, dimasukkannya dalam syurga.(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab Al-Barokah)

Doa, Zikir & Selawat ke atas Rasulullah S.A.W
Bulan ini juga kita digalakkan untuk membanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, Bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah SWT akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit".(Dipetik dari kitabZubdatul Waizhin)

Bertaubat
sangat digalakkan untuk memperbanyak bertaubat pada bulan ini. Ini bagi memperbaiki diri dari segala cela, agar bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Diriwayatka dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu".

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) (Al-Hadis)

Oleh itu, diharapkan agar kita dapat bersama-sama memperbanyakn amalan yang baik ini di bulan Syaaban. Banyak fadhilat dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah kepada kita, insyaAllah : )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadis Akhir Zaman

Dan pada Abu Hurairah r.a. Katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Umat ku akn ditimpa penyakit-penyaki yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW. Menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi". (Riwayat Hakim)