Saturday 2 July 2011

Petua Mencuci Hati❤

Daripada Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
"Segala2 perkara bermula dari hati(niat).. oleh itu ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati."
  1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa - ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan "Ya Allah jadikan hatiku bersih".
  2. Selawat keatas Nabih Muhammad SAW paling minima 100x sebelum tidur -  ini merupakan satu pelabuaran yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezaki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menengkan minda.
  4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati Juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-Allah" (Suruh Ikhlas) sebanyak 3x.
  5. Bermaafan-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  6. Bisikan kepada dri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah "Aku sebenarnya....(perkara yang elok-elok belaka).
  7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan didalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi lebih baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!! 
  8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
  10. Kekalkan wuduk.
  11. Bersedekah.
  12. Belanjar org makan.
  13. Jaga makanan -  Jangan makan makanan yang subhat.
  14. Berkawan dengan ulama.
  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
  16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dan solat dan sebagainya.
  17. Pesan pada orang, Jadi baik.
  18. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dan sebagainya), Jangan dengar orang mengumpat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadis Akhir Zaman

Dan pada Abu Hurairah r.a. Katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Umat ku akn ditimpa penyakit-penyaki yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW. Menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi". (Riwayat Hakim)