Monday 30 July 2012

Score A+++

Score A Program 


ZAMAN SEDANG BERUBAH...
Sudahkah ANAK ANDA bersedia menghadapi PERSAINGAN PELAJARAN?

Score A programme menyadiakan peluang untuk anak/pelajar menjadi cemerlang didalam pelajaran (di samping enjoy belajar), dan Ibubapa/kita menjadi gemilang di dalam bisnes (disamping enjoy duit).
Bagus untuk budak-budak ni... daripada main computer & tv game je... dan bagus untuk ibubapa juga.. sebab busy macam mana pun kerja/bisnes, masih boleh pantau prestasi pelajaran anak-anak.

Pengenalan

Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang didalam pepereksaan ialah dengan menggunakan kaedah "pembelajaran output", kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah di pelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input- membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah Sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.

Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami. Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk  membentuk satu  kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian pendidikan.

kami akan membantu dan membimbing anaj anda supaya Bersedia Menghadapi Pepereksaan dan mencapai kecermerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting, tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari pepereksaan anak anda akan mengarungi cabaran dengan keyakinanan dan mencapai kercemerlangan A.

Score A Programme juga diwujudkan untuk menatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh ibubapa dan pelajar sendiri seperti:

Sikap para pelajar
  1. Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu.
  2. Tiada motivesi untuk menjadi pelajar cemerlang
  3. Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan
  4. Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah juga
  5. Tidak mendapat perhatian ibubapa yang sibuk berkerja.
Masalah Ibu Bapa
  1. Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak anda
  2. Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anaj anda
  3. Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak anda
  4. Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak anda
  5. Anak anda menghadapai tekanan/takut peperiksaan justeru hilang minat untuk belajar
  6. Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak masih gagal memperolehi keputusan yang diharapkan juga
  7. Kekurangan interaksi ibubapa dengan anak-anak

Score A programme ialah program Webucation (gabungan website dan education) yang pertama di Malaysia

Webucation - The sunrise Business

WEBUCATION, the fast growing Business Opportunity in Forbes Magazine, Peter Drucker calls webucation "The Next Mega Trend". He states it will be the next Multi-Billion if not Trillion Dollar Industry  For those of you who don't know Peter Drucker; he is a highly respected worldwide management consultant guru and author of over 2 books on
Business and Management.


Mengikut kajian para pakar ekonomi dunia, seperti Peter Drucker, "Webucation" adalah merupakan peluang perniagaan yang paling berpotensi untuk masa hadapan bahkan lebih berpotensi dari Makanan Kesihatan dan Komunikasi. Perniagaan seperti ini diketegorikan sebagai Ekonomi Matahari Terbit dimana ia mempunyi peluang yang cerah untuk berjaya dalam satu jangkamasa yang panjang.

Di Malaysia pula, pada tahun 2010, Kerajaan telah mensasarkan semua sekolah Bestari dimana pada ketika itu, para pelajar akan belajar melalui laman web dan portal pendidikan seperti Score A Programme.

Sejarah Penubuhan Score A Programme

  • Dibangunkan oleh kensido International Sdn.Bhd. (dulu dikenali sebagai Edu-2u Portal Sdn.Bhd) pada tahun 1999.
  • Pelopor yang terunggul dalam portal pendidikan.
  • R&D selama 3 Tahun. Modal RM4.5 juta bagi mencipta perisian.
  • Pada tahun 2002, telah dilancarkan di 14 buah Sekolah Bestari di Malaysia. Diberikan secara percuma untuk di uji keberkesanannya. projek ini telah mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Hasil daripada percubuaan sistem ke atas Sekolah Bestari ini selama 3 tahun iaitu daripada 2002 sehingga 2005, 93% pelajar-pelajar yang menggunakan Score A Programme telah mendapat pencapaian cermerlang 5 A didalam UPSR dan 8A di dalam PMR iaitu 100% A.
  • Dipasarkan secara berperingkat sejak pelancarannya pada tahun 2002.
  • Setelah mendapat keputusan yang cmerlang dan diikktiraf oleh kerajaan pada tahun 2006, Score A Programme telah dipasarkan secara meluas melalui konsep jaringan pemasaran iaitu MLM (Multi Level Marketing) agar lebih ramai masyarakat dapat menyedari kewujudan produk pembelajaran yang hebat ini di samping memberi peluang ke arah peningkatan ekonomi.

Maklumat Syarikat


Kenshido International Sdn Bhd
Wisma Kenshido, No 1-1, 1-2, 1-3, 
Jalan PJU 5/6, Dataran Sunway PJU 5,
47 810 Kota Damansara, Petaling Jaya,
Selangor.
Tel: 603-6141 8286
Fax: 603-6141 8126/8136
www.kenshido.com
www.scorea.com
E-mail: enquiries@kenshido.com

Ahli Lembaga Pengarah

Mr Jason Kok is recognised as "The top Networker" and "Walking Testimony" among the elite networkers in the MLM industry.

An auditor by profession, he started his career in The Auditor General office attached to inland Revenue Department till 1986. He terminated his Services wit a merchant bank after 3 years, left the corporate sector and embarks in the MLM industry full time till today. With 25 years of exposure in MLM, Mr. Jason is not only responsible to determine the company's development and direction, but also proven to be a MENTOR to Kenshido International. Mr. Jason is a 'living example" who always emphasize on sincerity involving both company and networkers.

Outstanding Skills: Financial Management, Dream Builder, Networker Relationship, System Training, and System Support.

Monday 28 May 2012

Kekasi Yang Dirindu

Aku duduk sendirian merindu
Pemergian seorang Kekasih
Walau lama Penantianku ini
Aku yakin pasti bertemu

Aku tahu padanya tiada mungkir
Kerna itu bukanlah sifatnya
Di akhirat kan bersua lagi
Dengan mereka yang merinduinya

Kerna dia telah pun berjanji
Akan memberi syafaatnya nanti
Saat itu pasti kan terjadi
Pada umatnya yang bertakwa

Telah beribu tahun sudah berlalu
Keagungannya pernah berlaku
Sejarahnya akan berulang lagi
Sebelum tibanya kehancuran

Namun yang percaya hanyalah mereka
Yang rindukan kekasih
Namun yang merindu hanyalah mereka
Yang selalu berselawat

Dambaan Hati.. Ayah dan Bondaku..


Mengemis Kasih

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang mengiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi Rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkiri
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku..

Thursday 24 May 2012

Solat Istikharah

Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, Sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.

Solat itu boleh saja di waktu mengerjakan sunat Rawatib atau Tahiyatul-masjid dan boleh pula di waktu malam atau pun siang, Sedang bacaan sehabis Al-Fatihah dapat dipilih sekehendaknya.

Niat Solat Istikharah

Sahaja aku mengerjakan sembahyang istikhara dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Doa Solat Istikharah

"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........... baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah bekah kepadaku dalammnya. Sebaliknya jikala disalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu"

Dari Saad Bin Abi Waqas r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda:

Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya. (Hadis 146 Mastika Hadis Jilid 2)

Solat istikharah ialah sembahyang untuk meminta perkhabaran, petunjuk dalam memilih umpamanya antara dua kerja.

Hanya boleh beristikharah untuk benda yang harus sahaja. Benda yang sememangnya haram atau tidak wajib tidak dibenarkan.

Dalam Hadis yang lain:-

- Tidakkan menyesal orang yang beristikharah

Sabda Nabi

"Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat" (HR. Thabrani).
Kalau sudah beristikharah dan Allah dorong untuk melakukan sesuatu (cenderung kepada sesuatu), mestilah patuh.

Bila?

Solat Istikharah boleh dilakukan sama ada siang atau malam, terutamanya bila hati terasa tenang.

Berapa lama?

Buatlah sehinggah 5 atau 7 malam.
InsyAllah diberi petunjuk. (tidak semestinya melalui mimpi)

Cara Istikharah:

Istikharah digalakkan berdasarkan hadis Jabir yang menyebut,
"Rasulullah saw mengajar kami beristikhara pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran." (Hadis 147 Mastika Hadis Jilid 2). kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:

Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan KekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat menetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau menetahui segala perkara ghaib.

Wahai tuhanku sekiranya engakau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjudnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjudnya, maka jahuilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini oeang yang redha atas ketentuanMu.

Banyak Persoalan???

Salam... Buat para pembaca setia entry ku...
         Hari ini hari Jumaat bersamaan 4.rejab dan 25hb May.. setiap hari aku berfikir apakah ertinya hidup ku ini?? Dulu di awal usia remaja ku aku mudah melatah, mudah meluah rasa, mudah gembira, mudah juga untuk sedih.. tapi dari dulu hingga la sekarang aku tidak pernah menikmati kehidupan duniawi... bagi aku semuanya ada limit dan keterbatasan... aku mencari-cari yang hakiki dan abadi.. semua yang terjadi ada hikmah dibalik semuanya.. aku percaya itu!
         Sejak aku mengenali erti kesetiaan melalui tontonan di dalam drama2, atau movie'' yang berkesahkan kehidupan,, bagi aku dengan "kesetiaan itulah akan membawa kebahagiaan..." yang akan menajar tentang erti Hidup dan Kehidupan... Sejak aku mengenalinya, aku selalu setia, selalu berkongsi masalah.. aku rasa bahagia ada ssorg yang sudi menerima aku seadanya... Hidup ku hanya tertumpu pada 1.. diri ku dan diri nya.. Oh' bagi ku kehidupan ini sempit, atau aku masih terlalu muda untuk menilai kehidupan.. Ya' masih banyak yang perlu aku pelajari dari Kehidupan.. Persoalan???? Adakah aku tidak bersyukur dengan kehidupan ku? Jawabnya: aku bersyukur, aku sentiasa beringat kerana sabar dan yakin suatu hari nanti aku akan tenang.. Persoalannya??? Adakah aku terlalu menilai? saya rasa, saya juga tidak tahu apa yang akan berlaku..
         Mohon Doanya ya kawan2.. semoga suatu hari aku bisa lolos dari permasalaan ini....

Sunday 29 April 2012

About the life

Sebenarnya.. fieqa mohon pada semua follower tolong doakan.. fieqa dengan sidia... doa kan semoga sidia cepat menerima hidayah daripada Allah SWT... mohon doa kalian semua.. buat mendokong fieqa supaya lebih kuat as are women... fieqa kena jadi lebih kuat bersemagat lebih2 fieqa yang muslim nie. fieqa kena bimbing dia nanti.. kena bagi banyak semangat kat dia kan... Sebenarnya fieqa rasa cemburu  juga tangok rakan2 fieqa yang dah ada kehidupan berumah tangga.. kehidupan besama yang azali... dan kekal abadi... hope one day Allah SWT akan membuka pintu hati sidia untuk dipenuhi dengan cahaya Nur Islam... Amin...

    Entry be continue...

    Salam, to all follower.. ceritanya, sidia dah juga mempunyai hasrat ingin memeluk islam.. tetapi ketetapan iman serta hidayah itu belum penuh sepenuhnya... dengan keterbatasanya kerana sidia memang dilahirkan sejak kecil sebagai kristian and dibesarkan sebagai kristian itu juga yang membelenggunya.. bagi sidia ini adalah cabaran yang besar buatnya buat mengenali religion.. kerana dalam religion nya sekarang ini juga dia tidak beberapa tahu akan kesahian that religion.. hanya dengan nyatanya ia sebagai kristian.. sidia juga ingin mencari kebenar... Agama mana yang betul2 adalah agama Allah kata nya..

  Fieqa, As are teman.. tidak mampu nak memaksa sesorang jika sidia belum menerima hidayah dan bersedia untuk menerima Islam sepenuhnya.. akan tetapi fieqa tidak akan berputus asa untuk memberi semangat dan dorongan akan sidia akan kepentingan spiritual kehidupan.. dan apa2 saja syariat islam dan amal yang baik untuk kesejahteraan hidup sebagai seorang islam...

   

Saturday 28 April 2012

My Feelings at the moment...

Assalammualaikum...
    kepada para followerku sekelian... lama x update feeling kan??? mcm mn nak cete erk.. hurm eqa harap para follower dapat doakan eqa semoga eqa sentiasa tabah dan sabar.. fieqa sebenar nya, rasa sedih sangat bila fieqa di beritahu oleh sidia bila sidia pergi doa dan bersembayang di (Church)... fieqa fikir sampai bila fieqa bersabar dan terus dan terus tidak putus mendoa kan kepada sidia supaya sidia mendapat hidayah daripada Allah SWT..

    Biar la fieqa cerita yer siapa sidia nie sebenarnya... sidia adalah seorang jejak yang fieqa kenali sejak 6 tahun lalu.. iaitu pada tahun 2005 melalui seorang teman fieqa kazen kepada kazen fieqa (Nong Bulat). hubungan kami bermula melalui SMS.. agak lama perkenalan kami, dengan bermula hanya sekadar kenalan.. 2 minggu selepas perkenalan kami fieqa mendapat tahu kazen kepada kazen fieqa itu telah pun bercouple bersama sidia.. dan fieqa pun berasa kecil hati.. walaupun pada masa itu fieqa dan sidia belum mempunyai status apa2.. hanya sebagai teman SMS pada masa itu.. 2 minggu selepas itu fieqa mendapat tahu kazen kepada kazen yang couple dengan sidia itu telah pun break off...

   Pada masa fieqa stay d rumah kazen (Nong Bulat) adalah dalam 2, 3 hari.. pada masa yang sama kazen kepada kazen fieqa (abg sepupu Nong Bulat) berminat nak berteman dgn fieqa.. pada masa itu niat fieqa just nak berteman... di waktu yang sama fieqa dan kazen stay di rumah kazen datang la juga abang sepupu kazen nak stay2 dengan kita orang. melihat cara dan personality nya fieqa kurang berminat nak berkenalan dengan lebih jauh, entahla mengapa.. semakin melihat cara dan tertipnya fieqa membuat keputusan hendak menelefon sidia kerana merasa tidak selesa dan dan bosan melihat karenanya... dalam  masa fieqa berbual dengan sidia di telefon... ketika itu fieqa duduk di tangga... fieqa ingat lagi tu... datang la pula abg sepupu c kazen nie.. berkata "sampai hati duduk kat tangga nie, tinggalkan dia konon.. hurmm... masa tue rasa geli pun ada... rasa x selesa sgt.. fieqa just cakap dengan abg spupu kazen tue kejap! kejap!

   Tanpa membuang masa dalam masa berbual dengan sidia di telefon tue... fieqa just spontan cakap dengan sidia fieqa cakap fieqa nak couple dengan nya... dengan nada kehairanan sidia berkata kenapa nak couple dengan nya.. fieqa just kata apa tau,, x ada lah saja nak kenal sidia dengan lebih jauh.. sidia pun kata Ok! Sebenarnya bukan fieqa cakap nak couple.. fieqa cakap mcm ne "sudikah ko jadi teman hidup saya" itulah sebenar nya yang fieqa ckp pada sidia... hehe seolah2 melamar pula kan..sebab tue sidia hairan... dari itu mulalah proses perkenalan kita orang adalah dalam masa setahun berkenalan melalui telefon selepas itu baru la kita orang jumpa.... agak lama juga kan...

   Yang fieqa tahu sidia ini berbangsa Dusun.. dan tidak Islam... pada mula nya fieqa ada terfikir x kan fieqa nak serius dengannya... fieqa terfikir lagi bagaimana dia nak membimbing fieqa.. eyalah kan dia sebagai seorang lelaki.. fieqa sebagai seorang perempuan remaja pada masa tue.. berharap juga nak cari couple yang baik soleh alim.. supaya dalam masa berkawan itu ada bimbingan yang baik dan kearah islamic.. This situation at 2006...

    Pada masa ini fieqa berada di tingkatan 5.. semasa fieqa bersekolah d SMK Taman Fajar, Sandakan.. hehe... temasuk la pula jaman2 school... hurm... masa time ini memang happening sangat kerna tercipta nya memory yang best dalam hidup fieqa... masa ini fieqa ada kenal 2 org jejaka la yang baik... cehhwaaahhh... first tue nama nya.. Yakot dan sorang lagi Mohd Noralif.. dorg dua nie mmg aku x dpt lupa sampai bila2 sebab watak dorg pada masa tue.. watak hero la katakan... hehe.. Firstly, cerita pasal c Noralif nie la dulu... ada satu kejadian tue memang lucu sangat la bila ingat2 balik.. hehe... masa tue fieqa dengan c alif nie x satu kelas. Bersebelahan kelas ja.. so,, masa tue waktu balik, masa fieqa lalu kelas c alif nie fieqa nampak beg dia atas meja.. masa tue dalam kelas diorg kosong.. dorg semua p bilik seni or dah balik, fieqa x ingat sangat. So, nak tau apa fieqa buat??? fieqa sembunyikan beg c alif nie... fieqa x balik terus tau... fieqa tangok dari jauh, fieqa tangok reaksi c alif... punya la kesian..

      Dalam masa fieqa kesian kat dia. fieqa panggil seorang budak junior suruh ckp kat c alif d mana beg dia fieqa sembunyi.. pastue fieqa cepat2 balik. fieqa setiap hari memang balik jalan kaki. so, apa lagi masa fieqa dah jauh sikit.. fieqa dah nampak dia dari jauh.. dengan rasa cemas. fieqa sempat terdengar c alif menjerit "Oi!!! gemuk!!! kurang hasam ko kata nya" hahahaha... lucu sangat.. Itu la kesahnya... dalam happening2x nie sebenarnya ada 1 kesah lagi between aku dengan c Noralif nie.. iskh!! jgn fikir bukan2 tau... mcm nie.. fieqa school kat SMK Tmn Fajar tue hanya setahun je tau form 5 saje. so,, masa nak dekat2 nak SPM tue kita orang ada progam tuek semua form 5 kat bilik ICT sekolah.. so, pada masa tue semua budak form 5 berkumpul kat sana la.. school ni banyak budak lelaki tau budak perempuan kurang sikit... so, pada masa tue fieqa perasaan la.. budak2 lalaki ajuk fieqa dorg kat fieqa nie c alif.. fieqa pun rasa pelik.. lepas habus program tue kita orang balik semula ke dalam kelas masing2.. than masa lalu kelas c noralif nie dorang budak lelaki semua tgok fieqa.. fieqa rasa pelik sangat.. fieqa terfikir lah kenapa nie.. dalam fikiran fieqa "maybe c alif nie syok kat aku"...

      Ke esokkan harinya, masa dalam perjalan nak pergi kesekolah.. fieqa terserempak dgn c alif.. fieqa trus tanya dia.. tapi pada masa tue dia x kata apa2.. fieqa tanya dia.. dia angap fieqa nie kawan atau lebih daripada kawan.. pun dia x bagi jawapan.. fieqa rasa pelik sangat.. than di sini la ada watak c Yakot.. hehe... fieqa luah kat Yakot sebab lepas habis waktu sekolah.. fieqa selalu stay kat sekolah Ulangkaji pelajaran.. so, diorang c alif dan c Yakot nie pun selalu juga ada kat sekolah dorg selalu bantu cikgu.. pastu, fieqa tanya c Yakot.. yakot kata dia x tau.. than fieqa plan nak couple pura2 dengan c yakot nie sebab nak buat c alif cemburu.. nak tengok riaksi nya la.. sekali nya c Yakot nie betul2 la pula..trus fieqa rasa geli masa tue.. trus cancel.. fieqa ckp dengan Yakot nie couple pura2 ja.. bukan nya betul2.. than dia boleh terima juga... hurmmm.... panjangnya entry kali nie... dari cerita pasal c dia melancong pula ke cerita jaman2 sekolah... huhu...

     Sebenarnya.. fieqa mohon pada semua follower tolong doakan.. fieqa dengan sidia... doa kan semoga sidia cepat menerima hidayah daripada Allah SWT... mohon doa kalian semua.. buat mendokong fieqa supaya lebih kuat as are women... fieqa kena jadi lebih kuat bersemagat lebih2 fieqa yang muslim nie. fieqa kena bimbing dia nanti.. kena bagi banyak semangat kat dia kan... Sebenarnya fieqa rasa cemburu  juga tangok rakan2 fieqa yang dah ada kehidupan berumah tangga.. kehidupan besama yang azali... dan kekal abadi... hope one day Allah SWT akan membuka pintu hati sidia untuk dipenuhi dengan cahaya Nur Islam... Amin...

    Entry to be continue...


Friday 2 March 2012

Malam nie terasa kehangatan Dingin Lavenda

syok sgt jalan cerita ini.. sgt2 byk menunjukan betapa perlu nya kesabaran, keiman, dan mengenal erti kehidupan dalam persahabatan.. Janna, Nana dan Murni... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadis Akhir Zaman

Dan pada Abu Hurairah r.a. Katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Umat ku akn ditimpa penyakit-penyaki yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW. Menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi". (Riwayat Hakim)