Sunday 26 June 2011

Isteri membimbing suami muallaf


InsyAllah suatu hari nanti saya akan menjadi isteri yang membimbing suami muallaf... Sebagai seorg wanita muslim.. Untuk mendidik dia dalam Islam... Bagi saya bukan menjdi satu masalah yang besar untuk saya menerima seorg muallaf dalam hidup saya. Sedangkan saya masih belajar. Namun, saya akan berusaha memberikan tunjuk ajar disamping turut sama-sama belajar dengan dia. Untuk dia menerapkan nilai hidup Islam dalam keluarga kami.. InsyAllah.. Apa2pun, jika bernika dengan muallaf perlukan kesabaran yang tinggi, perlu lemah lembut, melayan dia sebagai anak kecik, kerana mungkin banyak yang dia tidak faham mengenai Islam. Tetapi janganlah sampai menafikan status dia sebagai suami.. Disini, perlu saling menasihati dan saling memahami.. Si Suami faham status dia sebagai muallaf(yang dibimbing - perlu banyak belajar) dan si Isteri kena faham status dia sebagi isteri (yang membimbing). Isteri perlu ada kekuatan dalaman yang kuat.. Sentiasa memberikan sokongan kepada suami untuk sama2 belajar dan terus belajar mendalami Islam, sentiasa mengingatkan bahawa hidup ini hanya kerana Allah, pernikahan ini hanya kerana Allah.. Jika saya tidak yakin maka tidaklah saya mendapat kekuatan dalaman yang kuat dan mengakibatka saya akan berasa sangat sedih apabila, jika dia bernikah dengan kita tetapi akinya putus ditengah jalan (Allah wakbar) dan dia kembali menjadi asal (kembali ke agama asal). kita sebagai isteri perlu set mind setting di dalam kepala, yang "aku akan membimbing suamiku ini sehingga suami ku ini menjadi muslim yang soleh". Isteri berdirinya disisi suami.. Isteri yang menjadi tongkat tatkala suami meraba dalam gelap, saat suami tersungkur... Saat suami terjatuh. Apatah lagi seorg muallaf. Lagi 1, suami tugasnya membimbing isteri... Namun, isteri yang membawa suami kejalan yang benar akan masuk syurga lebih dulu daripada suaminya.. InsyAllah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadis Akhir Zaman

Dan pada Abu Hurairah r.a. Katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Umat ku akn ditimpa penyakit-penyaki yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW. Menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi". (Riwayat Hakim)