Friday 26 August 2011

Malam Lailatul Qadar

Rahsia Malam Istimewa Disembunyikan Agar Mukmin Buat Amal Tanpa Pilih Malam Tertentu...

RAMADAN,
Bulan penuh keberkatan dan dalamnya ada satu malam yang baik dari 1,00 bulan iaitu 83 tahun. Malam Lailatul Qadar yang dicari setiap kali Ramadan adalah anugerah terbaik dalam kehidupan manusia. Sedarkah kita Allah telah memuliakan umatnya pasa malam lailatul qadar yang mempunyai kelebihan kerana malam itu menyaksikan turunnya Al-Quran Al-Karim.

Menurut pandangan sebahagian ahli tafsir, Al-Quran diturunkan sekali gus ke Baitulizzah di langit kedua pada malam lailatl qadar. Manakala Al-Quran diturankan ke bumi dan diterima oleh Rasulullah SAW melalui Jibril sebagai wahyu beransur-ansur selama 23 tahun. Bagi orang yang beriman, malam itu adalah peluang untuk mengerjakan sebanyak mungkin amal ibadah. Bahkan mereka berlumba-lumba bangun di malam hening dengan penuh keimanan dan engharapkan pahala daripada Allah.

Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam kemulian (Lailatul Qadar). Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar." (Surah Al-Qadar, ayat 1-5)

memasuki fasa ketiga bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini marilah kita gunakan peluang dan tawaran berharga ini bagi menambahkan bekalan akhirat. Lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir bulan Ramadan yang mempunyai banyak kelebihannya.

Lailatul Qadar malam ditunggu-tunggu mereka yang menginginkannya kerana berlaku pada satu malam saja sepanjangan tahun. Beruntung siapa yang memperolehnya dan rugi yang melepaskannya. Selain kelebihan beramal, malam Lailatul Qadar juga memperjelaskan segala urusan hidup manusia dengan penuh hikmah.

Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; kerana sesungguhnya kami sentiasa memberi peringatan dan amaran. Padanya dijelaskan tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku. Iaitu perkara dari sisi kami; sesungguhnya kamilah yang mengutus Rasul-rasul. Sebagai rahmat dari Tuhanmu; sesungguhnya Allah jugalah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-Dukhan, Ayat 3-6)

Berdasarkan ayat itu, sesetengah ulama berpendapat Allah telah menentukan rezeki, qada' dan qadar ke atas segala makluk-Nya selama setahun. Justeru, tidak pelik mengapa rahsia kedatangannya di sembunyikan Allah kepada kita. Menurut Imam Al-Razi, antara rahsia disembunyikan malam Lailatul Qadar supaya umat Islam dapat membesarkan keseluruhan malam bulan Ramadan tanpa memilih malam tertentu saja.

Bimbingan umat Islam tidak berusaha merebutnya dengan amal ibadat walaupun ditetapkan malam tertentu, atau pun dia  melakukan maksiat pada malam iyu sehingga mendapat kemurkaan Allah. Supaya umat Islam bersungguh-sungguh mencari Lailatul Qadar sehingga mendapat kemurkaan Allah. Supaya umat Islam bersungguh-sungguh mencari Lailatul qadar sehingga mampu memperbanyakkan ibadat lalu memperoleh paala daripada kesungguhannya itu. Melahirkan umay yang menghidupkan malam Ramadan dengan harapan betemu Lailatul Qadar sehingga meningkat amal solehnya.

Lailatul Qadar mengukur kekuatan iman dan takwa umat Islam selama ini. Walaupun ulama berbeza pendapat dalam menentukan waktunya, namun pendapat palingkuat berdasarkan hadis diriwayatkan Aisya bermaksud: "Cari malam Lailatul Qadar di malam ganjil 10 hari terakhir Ramadan." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Persoalan timbul di sini ialah bagaimanakah cara untuk kita mendapatkan Lailatul Qadar? Rasulullah SAW menggariskan beberapa langkah kepada umatnya supaya berusaha sedaya upaya mendapatkan Lailatul Qadar ini.

Menurut Imam Bukhari dan Muslim, Saisatina 'Aisyah meriwayatkan yang bermaksud: "Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadan, Baginda mengidupkan malam (dengan amal ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam ibadah) dan uzlah dari isteri-isterinya."

ARTIKEL INI MERUPAKAN PETIKAN BERITA HARIAN ONLINE / AGAMA / 23 OGOS 2011/ DARI HIZBUR RAHMAN / PERKONGSIAN ARTIKEL INI ADALAH UNTUK MANFAAT BERSAMA DAN SEMOGA KITA MENDAPAT HIDAYAH DARINYA. AMIN 

Thursday 25 August 2011

Kelebihan Solat Sunat Tarawih

Bulan Ramadhan bulan yang mulia. Jadi penuhkanlah hari-hari kita dengan membaca sesuatu yang bermanfaat. Elakkanlah dari bacaan yang menjurus kepada fitnah ataupun yang boleh melalaikan kita. Tidak salah jika mahu berblog jika ianya memberi manfaat bukan. Cuma jangan samapai melalaikan sudah. 


Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam Ke 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam Ke 3:
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam Ke 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Ke 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam Ke 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam Ke 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.
Malam Ke 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam Ke 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
Malam Ke 10:
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.
Malam Ke 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam Ke 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam Ke 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam Ke 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam Ke 15:
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.
Malam Ke 16:
Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam Ke 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam Ke 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam Ke 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam Ke 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam Ke 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam Ke 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam Ke 23:
Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam Ke 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam Ke 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam Ke 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam Ke 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam Ke 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam Ke 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam Ke 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar”.

Cara Sembahyang Sunat Tarawih

Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Waktu Sembayang Sunat Tarawih ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba'diah dua rakaat.

Rakaat Sembahyang Sunnat Tarawih 

sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hnya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat yang dikehendai.

Lafaz Niat Sembayang Sunat Tarawih
(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmun kerana Allah Taala)

Bacaan surah
selepas membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembayang sunat tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu dari malam 1 hingga 15 Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah at-Takasur hingga surah al-Lahab.

Susunan surah-surah adalah seperti:
  1. Al - Takatsur
  2. Al - Asr
  3. Al - Humazah
  4. Al - Fil
  5. Al - Quraisy
  6. Al - Ma'un
  7. Al - Kautsar
  8. Al - Kafirun
  9. An - Nasr
  10. Al - Lahab
Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca surah al-Ikhlas.

Dari malam 16 hingga akhir Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab.

Wednesday 24 August 2011

Solat Sunat Tarawih

Menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembayang empay rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenag-senang atau beristirahat. solat tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Taraih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.

Tarawih itu disebutkan juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembayang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

Dalil  
Rasulullah SAW sangat menggalakkan sembayang Tarawih. Abu Hurairah berkata; "Rasulullah SAW sangat menggalakan sembayang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya." Beliau bersabda: "Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diamuni dosa-dosanya yang lampau," Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malanya malamnya dengan mengerakan sembayang.

Aisya r.a. berkata; "Rasulullah SAW mengerjakan sembayang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. pada malam berikutnya baginda SAW mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat berkumpul di masjid menunggu kedatangan Rasulullah SAW tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada kepada mereka; "Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu." Dan peristiwa itu terjad pada bulan Ramadan.

Hukum
Hukum mengerjakan sembayang tarawih adalah sunat muakkas (sunat yang sangat situntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Menurut Imam A Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat terawih termasuk solat Tahajjid atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau durah daripada al-Quran.

Monday 1 August 2011

Puasa Dan Wanita


Jika haid berhenti sebelum fajar, dan sebelum sempat mandi hadas, 
adakah dibolehkan berpuasa?
Anda boleh berpuasa jika anda suci dari haid atau nifas sebelum fajar dan belum sempat mandi kecuali setelah terbitnya fajar.Ini adalah kerana pada saat haid atau nifas terhenti, anda termasuk pada golongan orang wajib berpuasa, dan ini sama halnya dengan orang yang masih di dalam keadaan junub apabila telah masuk fajar, yang mana puasanya sah berdasarkan firman Allah SWT

Ertinya: "Maka sekarang campurilah mereka (isteri kamu) dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iatu fajar" [Al-Baqarah:187]

Jika Allah mengzinkan suami isteri bersatu hingga tiba waktu fajar, maka tentu sekali dibolehkan mandi junub setelah terbitnya fajar. Ini juga berdasarkan hadith Sayidatina Aisyah R.A: "Bahawa Nabi SAW di waktu Subh masih dalam keadaan junub kerana mencampuri isterinya, dan Baginda tetap berpuasa". Maksudnya bahawa Rasalullah SAW tidak mandi junub kecuali setelah masuk waktu Subuh.



Wanita yang hamil boleh berpuasa jika ia mampu berbuat demikian. Sekiranya ia tidak mampu, ia boleh berbuka. jika beliau idak berpuasa kerana khuatir akan keadaan dirinya sahaja, maka beliau wajib qadha' puasa sahaja. Jika beliau bimbang tetang keadaan anak di dalam kandungannya sahaja, maka beliau wajib qadha' dan juga membayar fidyah bagi hari tersebut.

Bolehkah bagi seseorang wanita memakan ubat untuk melewatkan haid pada bulan Ramadhan?

Ulama telah bersepakat mengatakan bahawa wanita-wanita yang berhaid tidak wajib berpuasa pada bulan Ramadhan, tetapi wajib mengqadha'kannya pada hari yang lain. Tidak berdosa wanita yang datang haid membuka puasanya dan hendaklah menggantikannya pada hari-hari yang lain sebanyak mana puasa yang ditinggalkan itu.

Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Sayidatina Aisyah R.A bermaksud: "Kami tidak diperintahkan menggantikan Solat". (Riwayat Imam Al-Bukhari). Oleh yang demikian, adalah lebih baik untuk mengikut keadaan semuala jadi yang dicipta Allah SWT bagi wanita.

Namun, sekiranya wanita itu hendak memakan ubat untuk melewatkan haid agar ia tidak datang di dalam bulan Ramadhan, hukumnya tidak mengapa dengan syarat ubat itu tidak memudharatkan dirinya. Mereka boleh meminta nasihat pakar, atau nasihat Doktor mengenai kegunaan ubat itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadis Akhir Zaman

Dan pada Abu Hurairah r.a. Katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Umat ku akn ditimpa penyakit-penyaki yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW. Menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi". (Riwayat Hakim)