Monday 1 August 2011

Puasa Dan Wanita


Jika haid berhenti sebelum fajar, dan sebelum sempat mandi hadas, 
adakah dibolehkan berpuasa?
Anda boleh berpuasa jika anda suci dari haid atau nifas sebelum fajar dan belum sempat mandi kecuali setelah terbitnya fajar.Ini adalah kerana pada saat haid atau nifas terhenti, anda termasuk pada golongan orang wajib berpuasa, dan ini sama halnya dengan orang yang masih di dalam keadaan junub apabila telah masuk fajar, yang mana puasanya sah berdasarkan firman Allah SWT

Ertinya: "Maka sekarang campurilah mereka (isteri kamu) dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iatu fajar" [Al-Baqarah:187]

Jika Allah mengzinkan suami isteri bersatu hingga tiba waktu fajar, maka tentu sekali dibolehkan mandi junub setelah terbitnya fajar. Ini juga berdasarkan hadith Sayidatina Aisyah R.A: "Bahawa Nabi SAW di waktu Subh masih dalam keadaan junub kerana mencampuri isterinya, dan Baginda tetap berpuasa". Maksudnya bahawa Rasalullah SAW tidak mandi junub kecuali setelah masuk waktu Subuh.



Wanita yang hamil boleh berpuasa jika ia mampu berbuat demikian. Sekiranya ia tidak mampu, ia boleh berbuka. jika beliau idak berpuasa kerana khuatir akan keadaan dirinya sahaja, maka beliau wajib qadha' puasa sahaja. Jika beliau bimbang tetang keadaan anak di dalam kandungannya sahaja, maka beliau wajib qadha' dan juga membayar fidyah bagi hari tersebut.

Bolehkah bagi seseorang wanita memakan ubat untuk melewatkan haid pada bulan Ramadhan?

Ulama telah bersepakat mengatakan bahawa wanita-wanita yang berhaid tidak wajib berpuasa pada bulan Ramadhan, tetapi wajib mengqadha'kannya pada hari yang lain. Tidak berdosa wanita yang datang haid membuka puasanya dan hendaklah menggantikannya pada hari-hari yang lain sebanyak mana puasa yang ditinggalkan itu.

Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Sayidatina Aisyah R.A bermaksud: "Kami tidak diperintahkan menggantikan Solat". (Riwayat Imam Al-Bukhari). Oleh yang demikian, adalah lebih baik untuk mengikut keadaan semuala jadi yang dicipta Allah SWT bagi wanita.

Namun, sekiranya wanita itu hendak memakan ubat untuk melewatkan haid agar ia tidak datang di dalam bulan Ramadhan, hukumnya tidak mengapa dengan syarat ubat itu tidak memudharatkan dirinya. Mereka boleh meminta nasihat pakar, atau nasihat Doktor mengenai kegunaan ubat itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadis Akhir Zaman

Dan pada Abu Hurairah r.a. Katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Umat ku akn ditimpa penyakit-penyaki yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW. Menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi". (Riwayat Hakim)