Thursday 24 May 2012

Solat Istikharah

Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, Sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.

Solat itu boleh saja di waktu mengerjakan sunat Rawatib atau Tahiyatul-masjid dan boleh pula di waktu malam atau pun siang, Sedang bacaan sehabis Al-Fatihah dapat dipilih sekehendaknya.

Niat Solat Istikharah

Sahaja aku mengerjakan sembahyang istikhara dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Doa Solat Istikharah

"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........... baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah bekah kepadaku dalammnya. Sebaliknya jikala disalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu"

Dari Saad Bin Abi Waqas r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda:

Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya. (Hadis 146 Mastika Hadis Jilid 2)

Solat istikharah ialah sembahyang untuk meminta perkhabaran, petunjuk dalam memilih umpamanya antara dua kerja.

Hanya boleh beristikharah untuk benda yang harus sahaja. Benda yang sememangnya haram atau tidak wajib tidak dibenarkan.

Dalam Hadis yang lain:-

- Tidakkan menyesal orang yang beristikharah

Sabda Nabi

"Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat" (HR. Thabrani).
Kalau sudah beristikharah dan Allah dorong untuk melakukan sesuatu (cenderung kepada sesuatu), mestilah patuh.

Bila?

Solat Istikharah boleh dilakukan sama ada siang atau malam, terutamanya bila hati terasa tenang.

Berapa lama?

Buatlah sehinggah 5 atau 7 malam.
InsyAllah diberi petunjuk. (tidak semestinya melalui mimpi)

Cara Istikharah:

Istikharah digalakkan berdasarkan hadis Jabir yang menyebut,
"Rasulullah saw mengajar kami beristikhara pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran." (Hadis 147 Mastika Hadis Jilid 2). kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:

Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan KekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat menetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau menetahui segala perkara ghaib.

Wahai tuhanku sekiranya engakau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjudnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjudnya, maka jahuilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini oeang yang redha atas ketentuanMu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadis Akhir Zaman

Dan pada Abu Hurairah r.a. Katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Umat ku akn ditimpa penyakit-penyaki yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW. Menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi". (Riwayat Hakim)