Friday 14 October 2011

Jangan Jangan Jangan

Jangan Sengaja Lewatkan Solat
Perbuatan ini Allah yidak suka
Kalau tertidur lain cerita

Jangan masuk bilik air tanpa 
Memakai alas kaki (selipar)
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis
Mengotori seluruh rumah kita

Jangan biarkan pinggan mangkuk
Yang telah digunakan tidak dibasuh 
Makruh kerana ia memberhayakan

Jangan tidur selepas solat subuh
Nanti rezeki mahal
Kerana pagi-pagi itu membuka
Pintu berkat

Jangan makan tanpa membaca
BISMILLAH dan doa makan
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan

Jangan keluar rumah tanpa niat
Untuk membuat kebaikan
Takut-takut kita mati dalam perjalanan

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
Berlaianan pasangan 
Makruh dan mewarisi kepapan

Jangan biarkan mata liar di perjalanan
Nanti kita gelap di selaputi dosa

Jangan menangguh taubat bila berbuat
Dosa kerana mati boleh datang
Bila-bila masa

Jangan ego untuk meminta maaf pada
Ibu bapa dan sesama manusia
Kalau memang kita bersalah

Jangan mengumpat sesama rakan taulan
Nanti rosak persahabatan kita
Hilang bahagia

Jangan lupa bergantung dengan ALLAH
Dalam setiap kerja kita
Nanti kita sombong apabila berjaya
Kalau gagal kecewa pula

Jangan pertikaikan kenapa ISLAM
Itu berkata JANGAN
Sebab semuanya untuk keselamatan kita

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik
Untuk hamba ciptaanNya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadis Akhir Zaman

Dan pada Abu Hurairah r.a. Katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Umat ku akn ditimpa penyakit-penyaki yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW. Menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi". (Riwayat Hakim)