Tuesday, 5 July 2011

Sinetron Safa dan Marwa yang penuh dengan emosi...


Aku sgt tertarik pada Episode 219...

Di mana safa yang merasa sangat hancur kerana kematian Ilham. Safa sampai pingsan di permakaman Ilham. Ketika Safa sadar d kamarnya dan tiba-tiba langsung berganjak pergi. Marwa pun panik dan berusaha untuk mengajar tatapi Adil dan Zainal menahan dan memberitahu untuk beri kesempatan dan waktu buat Safa sendirian. Safa akhirnya ke makam Ilham lagi dan menangis lagi di sana sampai pingsan. Farid menemukan Safa di makam Ilham. Kesah cinta antara Ilham dan safa yang terhalang dan banyak dugaan yang mereka tempuh semasa mereka bersama.. Penderitaan yang mereka alami sgt2 terasa di jiwa penonton setia sinetron ini..

Lakonan Utama: 
  • Nikita Willy  sebagai Safa
  • Risty Tagor sebagai Marwah
  • Rionaldo Stockhorst Sebagai Ilham/Rio


Monday, 4 July 2011

Adap Tidur

"Sekiranya kita mengikut sunnah Rasullullah SAW,  maka tidur kita akan menjadi ibadah. Allah S.W.T hanya akan menerima ibadah yang di lakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang palaing ikhlas. Sesorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah S.W.T untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga."

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika sesorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW, dia hanya akan dapat kerehatan. Antara sunnah-sunnah Nabi SAW sebelum, ketika dan selepas tidur.
  1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa harian tapi hakikatnya harga yang Allah SWT janjikan adalah syurga.
  2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
  3. Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya  dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhallah 33x, Allahuakbar 33x.
  4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, A-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian  baca bismillahirahmanirrahim 21 kali. Barang siapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali katika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan ganguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
  5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah SWT akan mengira  seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
  6. Ambil wudhu' sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
  7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan smua piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalu mahu.
  8. Tidur cara Rasulullah SAW dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi sunnah  Nabi SAW yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream seblum tidur. Lebih mudah daripaa buat senaman ringan sebelum tidur.

Pesan Nabi SAW, dilarang tidur meniarap terutamanya lelaki.

Tutup aurat ketika. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawanya Syaitan/Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makluk lain. Sekiranya Bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur engan benih-benih Syaitan/Jin. jai jangan la marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersaba: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tiur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembayang ketika mengantuk Berkmungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencari dirinya sendiri".

Islam memntingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang. Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang. Bukan itu sahaja, tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam islam antaranya:-

1. Berwuduk
Sebaik-baiknya gosok gigi anda sebelum masuk tidur. Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati. InsyAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis.

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut ansa cepat rasa sebu. Perut yang kenyang juga boleh  menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun.

3. Mengingati kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal, cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan baik. Tetapi sekiranya anda banyaj melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah SWT.

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu. Pastikan kedudukan tidur anda mengiringke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat.

Rasullullah SAW sering mengamal membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut.

5. Berazam untuk Bangun Awal.
Anda juga digalakkan untuk membaca suruh Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh.

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya, ucapkanlah rasa syukur kapada Allah kerana telah memanjang usia lalu berdoa: "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah mematikan kami. KepadaNya kami akan dibangkitkan". Kemudian  lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.

Saturday, 2 July 2011

Petua Mencuci Hati❤

Daripada Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
"Segala2 perkara bermula dari hati(niat).. oleh itu ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati."
  1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa - ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan "Ya Allah jadikan hatiku bersih".
  2. Selawat keatas Nabih Muhammad SAW paling minima 100x sebelum tidur -  ini merupakan satu pelabuaran yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezaki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menengkan minda.
  4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati Juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-Allah" (Suruh Ikhlas) sebanyak 3x.
  5. Bermaafan-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  6. Bisikan kepada dri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah "Aku sebenarnya....(perkara yang elok-elok belaka).
  7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan didalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi lebih baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!! 
  8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
  10. Kekalkan wuduk.
  11. Bersedekah.
  12. Belanjar org makan.
  13. Jaga makanan -  Jangan makan makanan yang subhat.
  14. Berkawan dengan ulama.
  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
  16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dan solat dan sebagainya.
  17. Pesan pada orang, Jadi baik.
  18. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dan sebagainya), Jangan dengar orang mengumpat.

Friday, 1 July 2011

Pesan Rasulullah untuk wanita

Pertama
Dari Aisyah ra bahawa adiknya Asma pernah datang mengadap Rasulullah SAW dengan pakaian yang nipis(mendedahkan auratnya)... Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seorang wanita telah baligh tidak boleh lagi terlihat (auratnya)... Kecuali ini dan itu, Rasulullah menunjukan pada muka dan tapak tangan Baginda"  (HR Abu Daud)

Kedua
Rasulullah SAW BERSABDA "Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan yang berpakaian yang berpakaian tetapi singkat (dedah aurat).. Yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya"
(HR Muslim)

Ketiga
Rasulullah SAW bersabda "Tidak dibenarkan seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan wanita tanpa dihadiri Muhrim(adik-beradik lain) (HR Bukhari MUslim)
Rasulullah SAW bersabda "Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan wanita melainkan yang ketiganya syaitan: (HR Ahmad Tirmizi dan Hakim)

Keempat
"Setiap wanita mana sahaja yang memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melewati suatu kaum.. Supaya mereka tercium bau wanginya itu bererti dia telah berzina"(HR Ahmad)


"Berpesan-pesanlah kita sesama wanita dan saling mengingati antara satu sama lain" "Sesunggunya setiap manusia tidak lari dari sifat lalai dan leka" "Sesungguhnya saya jiga insan yang tidak akn lari dari melakukan kesilapan" "Maka dengan itu mari la sama-sama kita saling mengingati"

Kisah Airmata Rasulullah S.A.W

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorgng yang berseru mengucapkan salam."Boleh kah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," "kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali Menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata danbertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"
tutur Fatimah lembut. Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggentarkan. seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu dikenang."Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisanya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Raulullah menanyakan kenapa jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelimnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,"kata Jibril.
Tapi ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar kabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" 
"Jangan Khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saat Izrail melakukan tugas. perlahan ru h Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Rasulullah betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril Memalingkan muka "jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Jibril.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut  ajal," kata Jibril. 
Sebentar kemudian terdengar Rasullah mengaduh, Kerana sakit yang tidak tertahankan lagi."Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatii?" - "Umatku, umatku, umatku"Dan, berakhirlah hidup manusia mulai yang memberi sinaran itu kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.. 
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita...

"Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu diakhirat."

Cintailah Rasulullah....

Kerana Baginda Sangat menyayangi Kita..
Rasulullah Menagis di Padang Mahsyar......

Daripada Abbas r.a, Rasulullah bersabda:
"Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah MUHAMMAD S.A.W. Jibrila.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. Israfil datang membawa bendera dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.

Israfil bersuara:
"Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik. Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehinga mengalir air matanya ke pipi.

Baginda SAW bersabda: "Kekasihku Jibril! Gembirakanla aku!"
Jibril as berkata: "Apakah yang kamu lihat dihadapanmu?"
Baginda SAW bersabda: "Bukan seperti itu pertanyaanku"..
Jibril as berkata: "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?"
Baginda SAW bersabda: "Bukan itu maksud pertanyaanku.."
Baginda SAW bersabda: "Aku bertanya kepadamu akan
umatku. Di mana perjanjian mereka?"
Baginda SAW bersabda: "Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini.
Aku akan mensyafaatkan umatku."
Jibril as menyeru: "Wahai sekalian makluk datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala."

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan.

Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: "Di mana umatku?"
Jibril as berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir."

Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!"
Maka nabi Isa as dan Jibril as mengangis.

Nabi Muhammad SAW berkata: "Mengapa kamu berdua menangis."
Jibril as berkata: "Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?"
Nabi Muhammad Bertanya: "Di mana umatku?"
Jibril as berkata: "Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan."

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya:
"Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"
Jibril as berkata: "Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!"

Nabi Muhammas SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: "Wahai Muhammad!"

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai umatku."
Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: "Di mana umat Muhammad SAW?"

Jibril as berkata: "mereka adalah sebaik umat."

Allah Taala berfirman: "wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu."

Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala."
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala."

"Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala."

Allah Taala berfirman: "Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiku Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu.

Suara jeritan dan tangisan semakn kuat.
Nabi Muhammad SAW menyeru:
"Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku... !
Aku tidak meminta untuk diriku.

Sesunguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!"

Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru:
"Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"

Neraka pula berseru: "Wahai Tuhanku.. Penguasaku dan Penghuluku! 
Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya!
Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan."

Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih.
Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya.
Sekali, Baginda SAW sujud di hadapan Arsy Allah S.W.T dan sekali lagi, Baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.

Para Nabi  melihat keluh kesah dan tangisannya.

Mereka berkata: "Maha Suci Allah!
Hamba yang Paling Dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.

Fatimah ra. bertanya: "Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?"
Baginda SAW menjawab: "kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum   umatku."
Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat.

Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimahh Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka."
Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW..

Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhamad SAW. 
"Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala."

Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda:
"Marilah Kepadaku, wahai umatku!
Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!"

Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.
Ketika di atas Sirat
Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malikat Malik:
"Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu."

Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat.

Setiap kali, Baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, Baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.

Nabi Muhammad SAW berkata:
"Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka! 

Sayangnya Nabi kepada Kita
udes


Nazrey Johani - Wahai Kekasih

Wahai seorg kekasi,
Telah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan,
Menangis pun tak berair mata,
Namun hati tetap gembira,
Syafaatmu menanti di sana,

Sungguh tabahnya hatimu,
Menanggung derita yang melanda,
Biarpun perit tersiksa,
kerana umat kau tempuhi jua,

Wahai Rasul kaulah segalanya,
Contoh terbaik umat akhir zaman,
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
sifatmu semprna pelengkap peribadi..

Wahai Rasul kami merindui,
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
Manis senyuman mu penawar hiba,
Di hati kami kaulah segalanya...

Wednesday, 29 June 2011

Impian Pernikahan ku..


Pernikahan ini adalah hari yang akan mengijap kabulkan sepasangan.. dan hanya yang penting acara angkat nikah... aku tidak ingin membuat pernikahan semewah2 seperti d kalangan artis... ianya yang menjadi keutamanaanku hanya dihari pernikahan itu sebenarnya yang harus dibuat dihari  yang paling berbahgia buatku dan pasanganku.. dan bukan nya di hari "persandingan"... kerana dihari persandingan itu hnya adat org melayu... dan dalam islam sebenar..  pesandingan tidak ada sama sekali... Adat la yang sebenarnya yang membuat sesebuah majlis lebih menonjol dan membawa kepada pembaziran... bagi saya cukup sekali saja majlis dengan sekali lafas saya sah menjadi seorg isteri.. itu sudah cukup besar makna buat saya... dan paling mengembirakan buat saya...  perkahwianan nie bukan la satu majlis untuk menonjolkan atau memperagakan pengantin.. bagi saya cukup dengan ucapan selamat serta doa daripada sahabat, saudaramara itu sudah cukup memadahi...

Sunday, 26 June 2011

Isteri membimbing suami muallaf


InsyAllah suatu hari nanti saya akan menjadi isteri yang membimbing suami muallaf... Sebagai seorg wanita muslim.. Untuk mendidik dia dalam Islam... Bagi saya bukan menjdi satu masalah yang besar untuk saya menerima seorg muallaf dalam hidup saya. Sedangkan saya masih belajar. Namun, saya akan berusaha memberikan tunjuk ajar disamping turut sama-sama belajar dengan dia. Untuk dia menerapkan nilai hidup Islam dalam keluarga kami.. InsyAllah.. Apa2pun, jika bernika dengan muallaf perlukan kesabaran yang tinggi, perlu lemah lembut, melayan dia sebagai anak kecik, kerana mungkin banyak yang dia tidak faham mengenai Islam. Tetapi janganlah sampai menafikan status dia sebagai suami.. Disini, perlu saling menasihati dan saling memahami.. Si Suami faham status dia sebagai muallaf(yang dibimbing - perlu banyak belajar) dan si Isteri kena faham status dia sebagi isteri (yang membimbing). Isteri perlu ada kekuatan dalaman yang kuat.. Sentiasa memberikan sokongan kepada suami untuk sama2 belajar dan terus belajar mendalami Islam, sentiasa mengingatkan bahawa hidup ini hanya kerana Allah, pernikahan ini hanya kerana Allah.. Jika saya tidak yakin maka tidaklah saya mendapat kekuatan dalaman yang kuat dan mengakibatka saya akan berasa sangat sedih apabila, jika dia bernikah dengan kita tetapi akinya putus ditengah jalan (Allah wakbar) dan dia kembali menjadi asal (kembali ke agama asal). kita sebagai isteri perlu set mind setting di dalam kepala, yang "aku akan membimbing suamiku ini sehingga suami ku ini menjadi muslim yang soleh". Isteri berdirinya disisi suami.. Isteri yang menjadi tongkat tatkala suami meraba dalam gelap, saat suami tersungkur... Saat suami terjatuh. Apatah lagi seorg muallaf. Lagi 1, suami tugasnya membimbing isteri... Namun, isteri yang membawa suami kejalan yang benar akan masuk syurga lebih dulu daripada suaminya.. InsyAllah..

Friday, 24 June 2011

Tiba2 air mataku mmbasahi pipiku..

Begini cerita nya.. sedang aku asyik melihat rakaman video ini tiba2 hati ku menjadi sayu....
video ini pada march 2011 sewaktu Umi, Ayah dan Adik mengerjakan umrah.


sedang aku leka melihat video2 ni.. sbnr nya ada lagi video yg x dpt d upload.. tiba2 umi ku hambir pada ku.. lalu aku bkata... "ndak sabar aku..."
umi bertanya.. "ko ndak sabar apa...??"
aku menjawab.. "aku nda sabar hendak menjejak kan kaki ku lagi ke Tanah Haram.. tanah yang hnya d halal kan bagi org2 muslim.. islam sejati... dan aku tidak sabar hendak pergi bersama bakal suami... org yg aku sayang.. Eibobronny Makking(bakal menjadi saudara baru).. dan kakak beliau Aisya Angline Binti Makking yg baru saja menjadi saudara baru dalam hidup ku sebagai muslimi dan tidak ketinggalan juga suami  yg berbangsa Arab yg tidak pernah sampai ketanah haram itu.. aku berniat besar untuk pergi bersama mereka... Sejurus itu air mata ku bercucuran membasahi pipi ku... aku tidak tahan menahan sebak.. sayu merindukan Tanah Haram.. iaitu Kota Mekkah dan Kota Madinah Al-Munawarah, Kota Nabi Muhammad S.A.W

Thursday, 16 June 2011

hari2 d rumah....

Routine blurrr.... nothing..... ayoyo!!! bila la mo berkejaya.. bosan la... aku mo buat sesuatu yang tidak mebosankan.. kan baik kalu aku ada kereta sendiri pastue.. aku ada lesen lejalan kemana yang aku mau.. teda org larang.. aku ble jumpa bespren ku... teperap kat umah.. ayo.. x best la.. rumah nie pun sunyi jer.. x best... n tak ceria.. aku sendiri pun x tau macam mn nak buat rumah nie ceria... hurm... sebab nie buakan hakmilik aku.. aku x ble buat sesuka hati... aku betul2 bosan...  pulanglah sebelumku run away~ aku menanti kamu everyday... aku menunggu dari MOnday Tuesday Wednesday Thursday.. x ingin x perlu... menati hari dan terus menanti... nak something yang happening!!! mcm mana r nak buat kalu sendiri.. buntut otak.. haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!



Sunday, 12 June 2011

semangat dan kata membena buat ku.....

aku tau.. aku ada byk kelemahan.. aku x sama dengan org lain dan aku x nak jadi seperti org lain aku just nak buat yang terbaik dalam hidup ku... aku nak berjaya ddunia dan di akhirat.. so!! aku x ble down.. bukan bentuk dan muka paras yang menjadi ukuran kan.. tapi kalu nak bejaya.. mesti ada package' yang ble membuat kan aku d respect dan lebih disayangi.. cewah... macam2 aku nak buat tuk aku berjya.. macam2 plan yg d rancang.. cita2 yang d idam2 kan... harus ku capai... tapi ditengah2 mengharungi semua ini begitu banyak degaan dan cabaran yang d tempuhi.. jika d takdirkan aku deorg yang GEMUK aku boleh mengubahnya bukan??? hahha.. apa yang aku merepek nie.. tapi ini la yang bercelaru d pikiran ku.. sekarang aku nya berdoa dan memohn pd maha isa agar aku d beri ati yang cekal dan kukuh.. serta aku memohan dan meminta petunjuk serta kecekalan hati agar aku tidak berputus asa.. aku juga harus hormat.. patuh pada AYAH & UMI agar ku mendapat pas' kejayaan dari mereka.. kerana mereka mempunyai power' dan kuasa yang boleh mendoakan agaraku menjadi insan yang cekal dan tabah berusaha.. sebenarnya cita2 ku tinggi aku tidak mahu berhenti menimba ilmu.. aku masih ingin kan pelajaran.. ilmu duniawi agar aku bisa berjaya dan sejurus dengan itu tidak aku akan lupa kan dunia Akhirat.. aku nak usahan sewajar dan sejurus dengan berkat doa ayah dan umi.. supaya aku menjadi insan yang berilmu... aku mahu jadi seperti Dr.fazley yang punya kepintaran tentang ilmu duniawi dan ilmu akhirat.. contonya beliau sampai mencapai cita2nya sehingga mendapat gelaran Dr.. samapai ketahap PHD.. siapa tidak mahu itu.. ilmu tidak akan habis... tidak kira hingga kemana kita mencarinya.. walu sehingga kehujung dunia sekali pun.. dalam ilmu akhirat dari segi islamic beliau.. tahu mengaji pintar dal ilmu akhlaq.. itu la salah contoh yang aku sangat2 idam2kan sehingga beliau boleh memberi motivas pada anak2..dan para remaja... cita2 itu sangat2 membena sebenarnya untuk berjaya dalam hidup.. ilmu sgt2 la beharga buat sesorg insan yang ingin berjaya.. melalui berkat2 usaha sendiri bukan dr org lain... apa pun halangan dan dugaan aku x kan lupa pada Allah S.w.t aku sentiasa memohon petunjuk agar aku di permudahkan melakukan pekerjaan ku sehari harian...  

Wednesday, 8 June 2011

Aku mo cuba ini!!! betul ka ini ble kasi kurus???

START NOW PACK WITH PEACH TEA MIX 100G #Cappucino

Retail Price: RM502.20

1) F 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink
2) F 3 Blended Soy and Whey Protein Powder
3) Tea Mix (Original Taste) - 100g
4) Free Measuring Spoon 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadis Akhir Zaman

Dan pada Abu Hurairah r.a. Katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Umat ku akn ditimpa penyakit-penyaki yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW. Menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi". (Riwayat Hakim)